Terma dan Syarat

Pemulangan tudung
- Pemulangan perlu dilakukan dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan produk oleh pelanggan. Jika melebihi tempoh 7 hari, produk tidak boleh ditukar
- Pelanggan boleh menukarkan produk sekiranya terdapat kerosakan atau ketidaksempurnaan pada produk yang bukan disebabkan oleh proses penghantaran kepada pelanggan

Petukaran patern tudung
- Tudung kami boleh ditukar patern @ dikembalikan selepas 2 MINGGU bermula hari pertama tudung dihantar.
- Selepas 2 minggu kami tidak akan menerima sebarang pertukaran tudung

**Semua kos penghantaran courier yang terlibat dalam proses penukaran atau pemulangan produk perlu ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan, samada kos pemulangan produk kepada Boutique Lavender atau kos penghantaran produk baru kepada pelanggan. Pihak Boutique Lavender tidak akan menanggung sebarang kos penghantaran

Pilihan Warna
kami akan mengutamakan warna pilihan pemborong. Sekiranya warna pilihan tiada dalam stok kami akan menukarkan dengan warna yang lain.

Terma penggunaan laman web Boutique Lavender  dan urusan jual beli serta penghantaran produk
1-Pelanggan yang berurusan dengan Boutique Lavender dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang digariskan di dalam laman web ini.
2-Stok produk di Boutique Lavender berubah dengan cepat kerana perniagaan dijalankan secara online dan offline. Jika terdapat sebarang kekurangan stok atau kehabisan stok dan menyebabkan kerugian di pihak pelanggan, Boutique Lavender tidak akan bertanggungjawab di dalam hal ini.
3-Jika terdapat sebarang kerosakan atau kehilangan bungkusan produk semasa proses courier kepada pelanggan, Boutique Lavender tidak akan bertanggungjawab dalam hal ini kerana perkara ini adalah di luar kawalan kami. Pelanggan hendaklah berurusan dengan pihak PosLaju.